Wednesday 3 October 2018

Inferior Grade Rice Most in Demand

Bapak mentioned that following the Second World War (Japanese War) in Malacca, there was lawlessness and food shortage. Bapak and his uncle Haji Noordin took a wheel-barrow to town to obtain some flour. They had to eat.

I researched the prices of food following the war. These prices were for Singapore in 1947. They should be about the same for Malacca.

The Straits Times, 6 December 1947, Page 10
Inferior Grade Rice Most in Demand
Produce Market

From A Market Correspondent.
Demand for inferior quality rice was fair yesterday, although the market for Nos. 1 and 2 qualities remained stagnant. Indian merchants continued to patronise the Sago flour market in order to fill December contracts with Bombay.

Very little interest, however, was recorded in other sections of the Singapore produce market, and most prices eased a little. Only the price of imported copra firmed further.

Yesterday's prices were:

Rice No. 1 $120; No. 2 $119; other qualities: 1. $80; 2. $75; 3. $70.

Glutinous Rice: No. 1 $80; No. 2 $75.

Sugar: Java white $59.00; Philippine brown $45.00; Taiwan white sugar No. 1 $58.00; Soviet white $52.00; Cuba white $53.00; Siam brown $44.00; rock $46.00.

Coffee: Bali No. 1 $95; No. 2 $91.50; No. 3 $85.00; No. 4 $80; Sourabaya $85; Palembang AP1 $80; AP2 $78; 15% $72.00; 30% $71.00.

Pepper: Muntok white $139; Sarawak white $137; Lampong black $91.

Coconut Oil: $63.
Coconut Cakes: Local No. 1 $22; No. 2 $20.
Copra: Dried $36.00.

Gum Benjamin: S.T.T. $130; B.B. $85; other brands $75.
This is benzoin, franckincense, kemenyan or Laban Jawi.
https://www.dictionary.com/browse/gum-benjamin
It is sold as big rocks, small rocks, crushed rocks, pebbles and oil.
Kemenyan is burned and the smoke is used for fumigation. This is often done at nightfall or dusk (maghrib). Some believe it keeps jinn away.
Kemenyan added to milk is used in ancient civilisation.
Benzoin oil is used as a therapeutic oil and antiseptic.
It is used for bronchitis and other respiratory problems.
It is also added to sawdust and made into small coloured incense cones and incense sticks for aroma therapy.
It is produced as a resin by the benjamin tree or benzoin tree by injuring the crumpled tree bark.
The tree takes 7 years to grow 20 feet tall.
The tree is native to Siam, Cambodia, Vietnam, Sumatra, Java, Lampung and India.
http://lilianausvat.blogspot.com/2014/05/medicinal-trees-benjamin-styrax-benzoin.html#
There are 2 tree varieties known and with scientific names.
Styrax tokinensis grows in Siam and Indochina.
Styrax benzoin grows in Sumatra and Java.
Java produces red, grey and black kemenyan blocks.
Sumatra produces small crushed kemenyan rocks.
It is called Gum Damar in Lampung, and is a clear yellow, crystalline resin.
Siam produces a few coloured kemenyan.
India produces small coloured rocks.





Cloves: Sumatra $47; Bombay $41.

Tamarind: Siam: $14.50; Siam black $7.50.

Gambier Rounds: No. 1 $125; No.2 $110.

Sago Flour: Lingga $18.50; Siak $18.20; Sarawak $16.
Sago pearl: Local $31.

Tapioca Flour: Malaya No. 1 $29; No. 2 $26; Malacca $36.
Tapioca Pearl: $40.

Rice Noodles: No. 1 $65; No. 2 $60.

Soya Beans: Manchuria $36.00; Siam No. 1 $30.00; No. 2 $28.00.

Green Peas: Siam small $29; large $28.

Peanuts: Siam $43.

Lard: No. 1 $130; No. 2 $125.

Salt: Siam Spot $4.50.

Dried Chillies: No. 1 $65; No. 2 $58; No. 3 $38.

Monday 1 October 2018

Masjid Annur Banda Hilir, Melaka 1820


----------------------------
Pengasas Masjid Banda Hilir

Masjid Annur Banda Hilir Melaka dibina pada tahun 1820. Pengasasnya ialah Dato' Shahbudin bin Mohd Amin, yang berasal dari Cheribon, Tanah Jawa (Java) di Indonesia.

Sheikh Sahabudin berasal dari Kadilangu, Cirebon, Tanah Jawa di Indonesia. Sheikh Sahabudin ialah seorang ulama terkenal dan guru tarekat di Jawa. Ia datang ke Melaka pada zaman pengambilan Melaka oleh pihak British East India Company daripada pihak Belanda semasa kejatuhan Dutch East India Company di rantau Asia. Apabila British mengambil Melaka, pihak British membawa masuk orang2 Jawa ke Melaka untuk tujuan pembinaan semula Melaka.

Sheikh Sahabudin (Dato' Shahbudin) tidak bersetuju dengan pihak British. Ia menentang British dan dipenjarakan oleh penguasa British di Melaka. Tidak lama kemudian, Dato' Shahbudin meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka.

Makam Dato' Shahbudin bin Haji Mohd Amin terletak di Tanah Perkuburan Islam Qariyah Banda Hilir, Jalan Panjang, 75000 Melaka. The entrance gate is on Jalan Laksamana Cheng Ho. Makamnya tidak jauh (13 minutes' walk) dari Masjid Banda Hilir yang diasaskannya pada 1820. Kubur ramai pengikut tarekatnya berada di hadalan sebelah kiri makamnya.



-------------------------------
Asal Masjid Banda Hilir

Pada mulanya, bangunan asal rumah Sheikh Sahabudin di Banda Hilir menjadi madrasah. Kemudian madrasah bertukar status menjadi masjid jamek dan akhirnya menjadi masjid sepenuhnya hingga kini.

Masjid asal amat kecil saiznya dan mempunyai 4 tiang utama Setiap saf muat 10 orang. Ruang solat utama muat 4 saf (40 makmum). Pembinaan bumbung berupa bumbung Cina tetapi susunan bumbung berlapik seperti masjid di Cirebon.

Rupa bentuk rumah asal yang dibina Sheikh Sahabudin/Dato's Shahbudin tidak diketahui. Oleh kerana ia berasal dari Kadilangu di Cirebon, Jawa, maka rumahnya mungkin berupa rumah di tempat asalnya.

Bahagian rumah asalnya diperbuat daripada kayu yang bukan daripada jenis kayu keras seperti kayu jati (teak). Pada tahun 1958-1963, papan rumah bahagian lama kelihatan agak reput (porhu) dan banyak berlubang atau berliang, mungkin disebabkan rumah berada tidak jauh dari laut Selat Melaka, dan kayu mengalami hakisan udara laut.

Rumah asal Dato' Shahbudin tidak menggunakan paku. Tingkap menggunakan kayu penyokong dan tingkap hanya perlu ditolak untuk dibuka dan kayu penyokong disendal untuk menahan tingkap daripada tertutup. Tingkap kayu diperbuat daripada daun nipah atau kayu. Satu tingkap berada di ruang di hadapan dapur di bahagian lama rumah terdahulu daripada 1896.



Rumah terkemudian dibina setelah cucunya Haji Mohd Sharif bin Ismail kembali dari Makkah bersama adiknya Haji Noordin bin Ismail dan sahabat mereka Haji Khalil bin Haji Hussin (Mufti Melaka Pertama selepas Merdeka). Rumah Haji Mohd Sharif dibina sekitar 1897-1900. Rumah ini tidak menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan pasak. Rupa bentuk rumah ini ialah rumah Minangkabau.



*********************
Pembinaan, dana membaik-pulih dan hak milik Masjid Banda Hilir, Melaka

Datuk Shahbudin bin Haji Mohd. Amin berasal dari Kadilangu, Cirebon di Jawa, Indonesia. Ia datang ke Banda Hilir, Melaka dan mendirikan madrasah/masjid bersama anak muridnya.

Ada juga orang yang menyatakan yang Sheikh Sahabudin dan anaknya Inche Nyonia bt Sheikh Sahabudin berasal dari Tengkerah. Tetapi Tengkerah sudah pun ada Masjid Tengkera yang dibina pada 1728 pada zaman Belanda, iaitu 100 tahun sebelum Sheikh Sahabudin tiba di Melaka pada zaman British.

1820: Dato' Shahbudin bin Haji Mohd Amin (pengasas Masjid Annur Bandar Hilir, Melaka)

1870-an: Dato' Shahbudin meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Dato' Shahbudin bin Haji Mohd Amin di Tanah Perkuburan Islam Qariyah Banda Hilir, Jalan Panjang, 75000 Melaka.

1850-an: Ismail Alyamani (menantu Dato' Shahbuddin) berkahwin dengan Inche Nyonia bt Sheikh Sahabudin, anak Dato' Shahbudin. Ismail tidak dapat dikesan (Ismail is lost to follow-up).

1890-an: Haji Mohd Sharif bin Ismail (cucu Dato' Shahbuddin) menjadi imam Masjid Banda Hilir, Melaka. Ia mengerjakan Haji sekitar 1896 dan kembali ke Melaka sekitar 1899 bersama adiknya Haji Noordin dan rakan mereka Haji Khalil bin Haji Hussin (Mufti Pertama Melaka setelah Merdeka).

1906: Wasiat Haji Mohd Sharif bin Ismail bertarikh 1906.

1912-an: Haji Mohd Sharif bin Ismail meninggal dunia. Petikan Wasiat bertarikh 1912.

1912-an: Masjid serta tanah 1 ekar diwakafkan oleh saudara-mara Haji Mohd Sharif setelah ia meninggal dunia.

1912-an: Haji Noordin bin Ismail mengganti menjadi imam Masjid Banda Hilir.

1912-1918: Perang Dunia Pertama. Harga barang jatuh, termasuk harga emas.

1930-an: The Great Depression melanda Amerika Syarikat. Rakyat Amerika hidup miskin.

1942-1945:  Jerman (Germany) mulakan Perang Dunia Kedua di bawah Hitler. Jepun eksport timah dan besi ke Jepun untuk buat kapal perang, kapal terbang dan rel keretapi.

1945-an: Pembaikan pagar masjid akibat dibom semasa Perang Dunia Kedua. Tidak diketahui sama ada pihak British atau pun Jepun yang mengebom pagar masjid ini.


1960-an: Pembaikan dan pembesaran masjid dilakukan peringkat demi peringkat
                + kaki lima ruang solat wanita
                + kaki lima depan masjid
                + baiki tandas masjid di pagar depan masjid (sebelah kanan)




6 Mei 2004: Pewartaan Masjid Banda Hilir
No. Daftar MY-04-MT-00118

22 Januari-1 April 2007: Membaik-pulih masjid lama Banda Hilir
oleh AZH Puncak Bakti Enterprise
di bawah penguasaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

17 Mei 2007 - 17 Jun 2007: Membaik-pulih masjid lama Bandar Hilir
oleh Syahrizan Jaya Enterprise

------------------------
Lokasi Masjid Banda Hilir

Pada zaman dahulu, Kampung Banda Hilir berada di tepi laut Selat Melaka. Masjid Banda Hilir berada dalam 5 minit perjalanan kaki dari pantai. Tetapi sekarang (2018) Masjid Banda Hilir agak jauh dari persisir pantai Selat Melaka.

Masjid Banda Hilir berada di lokasi daerah Melaka Tengah. Jalan Parameswara ialah jalan utama dua hala yang menghubungkan Masjid Banda Hilir dengan pusat bandar Banda Hilir.

Jalan Parameswara padat dengan bangunan di bahu kanan dan kiri jalan.

Daerah: Melaka Tengah, Melaka

Perjalanan dari pusat bandar (city centre) ke Masjid Banda Hilir:
  1. Kiri: McQuek's Satay Celup (Main)
  2. Kiri: Petron, Lorong Bandar Hilir 3
  3. Kanan: Masjid An-Nur Banda Hilir, Jalan Parameswara, Kg Bandar Hilir, 75000 Melaka
  4. Kanan: Tadika Banda Hilir, Jalan Parameswara
  5. Kanan: Penjara Banda Hilir, Jalan Parameswara
  6. Kanan: Balai Polis Banda Hilir, Jalan Ujong Pasir
------------------------
Imam Masjid Banda Hilir, Melaka

Sheikh Sahabudin/Dato' Shahbudin menjadi imam pertama Masjid Banda Hilir yang diasaskannya.

Sejak kematian Sheikh Sahabudin/Dato' Shahbudin, imam Masjid Banda Hilir dipilih dari kalangan saudara-mara Sheikh Sahabudin/Dato' Shahbudin dan Mohd Salleh bin Khatib Usuf.

Cucu sulung Dato' Shahbudin bernama Haji Mohd Sharif bin Ismail menjadi imam pada 1890-an hingga ia meninggal dunia sekitar 1912-an.

Adik Haji Mohd Sharif bernama Haji Noordin bin Ismail menjadi imam pada 1912-an hingga ia meninggal dunia selepas tahun 1948. Nama beliau disemadikan pada sebatang jalan di Banda Hilir iaitu Jalan Imam Haji Noordin.

Seterusnya, Haji Ashari bin Mohd Salleh menjadi imam Masjid Banda Hilir sekitar 1950-an. Namanya disemadikan pada sebatang jalan di Banda Hilir iaitu Jalan Imam Haji Ashari.

Haji Ahmad bin Awal menjadi imam Masjid Banda Hilir seterusnya.

Anak Haji Ashari, iaitu Haji Jaafar bin Haji Ashari menjadi imam seterunya.

Kelima-lima nama imam di atas adalah bersaudara seperti berikut:
  • Khatib Usuf (asal-usulnya tidak diketahui)
  • Mohd Salleh bin Khatib Usuf (ia menetap di Banda Hilir)
  • Hj Ashari bin Mohd Salleh (imam Masjid Banda Hilir)
  • Hj Jaafar bin Hj Ashari (rumahnya di 302 Banda Hilir dipindahkan ke Duyong)
  • Omar bin Salleh (bilal Masjid Banda Hilir)
  • Zakaria bin Omar (sidang Kampong Banda Hilir)

Imam2 seterusnya (Tuan Ustaz Ibrahim, Tuan Haji Halim dan Tuan Haji Osman) adalah tidak bersaudara dengan Dato' Shahbudin bin Haji Mohd Amin atau Mohd Salleh bin Khatib Usuf kerana mereka dipilih oleh pihak Kerajaan selepas masjid didaftarkan dengan Kerajaan Melaka pada 2004.

*****************
Senarai Nama Imam
Lembaga Masjid An-Nur
Bandar Hilir, 75000 Melaka

Nama:
  1. Tuan Hajji Mohd Shariff bin Ismail
  2. Tuan Haji Mohd Nordin bin Ismail/Tuan Haji Noordin bin Ismail
  3. Tuan Haji Ashari bin Mohd Salleh
  4. Tuan Haji Ahmad bin Awal
  5. Tuan Haji Jaafar bin Haji Ashari
  6. Tuan Ustaz Ibrahim bin Haji Hashim
  7. Tuan Haji Halim bin Haji Ali
  8. Tuan Haji Osman bin Majid
************

-----------------------------------
Kampung Banda Hilir, Melaka

Kampung Banda Hilir dan nama Banda Hilir telah lama wujud dalam sejarah negeri Melaka. Nama Banda Hilir bertukar-tukar sejak sekian lama kewujudannya dalam sejarah negeri Melaka.

Berikut ialah beberapa ejaan nama Banda Hilir dalam peta Portugis, peta Belanda dan surat khabar lama Straits Settlements, Settlement of Malacca:
  1. 1511-1640 (peta Portugis) Povoacam. Ylir, Yier, Iller
  2. 1641-1819 (peta Belanda) Banda Ilir
  3. 1843 Banda Ellier
  4. 1852 Bandeleir
  5. 1855 Banda Eller
  6. 1855 Banda Ellier
  7. 1873 Banda Ellier
  8. 1877 Banda Ellier
  9. 1896 Banda Ilir
  10. 1906 Banda Hilir
Masjid Banda Hilir berada dalam kawasan kampung, iaitu Kampung Banda Hilir. Kampung Banda Hilir ialah sebuah perkampungan Melayu di pinggir bandar iaitu Banda Hilir. Ia sebuah perkampungan dalam bandar (urban village). Sebatang jalan besar menghubungkan kampung berkenaan dengan pusat bandar.

Kampung Banda Hilir berupa kampung dan penuh dengan aktiviti kampung. Banyak pohon kelapa dan tanaman lain wujud di Kampung Banda Hilir. Di antaranya pokok sekoi, pokok belimbing (starfruit), pokok belimbing besi, pokok kedondong, pokok jambu mawar (rose apple), pokok delima (pomegranate) dan pelbagai pohon lain.

-----------------------------------
Sidang, Kampung Banda Hilir, Melaka


Nama Sidang Kampung Banda Hilir yang diketahui:
  1. Zakaria bin Omar bin Mohd Salleh bin Khatib Usuf (1906)
  2. Inche Nasir bin Awal (terminated April 1960 at age 60; he was born in 1900; anaknya Hj Nasran bin Nasir?)
  3. Inche Daim bin Mat (mencalonkan namanya sendiri pada Mei 1960)
Pada tahun 1906, Kampung Banda Hilir diketuai oleh seorang ketua kampung atau digelar sidang.

Namun pada tahun 1960, sidang tua berusia 60 tahun telah dihentikan tanpa pengganti.

---------------------------------
Penduduk Kampung Banda Hilir, Melaka

Kampung Banda Hilir mempunyai ramai penduduk yang berbilang kaum, tetapi orang Melayu membentuk sebilangan besar penduduk kampung ini. Pada tahun 1960-an, anggaran bilangan penduduk Kampung Banda Hilir ialah seramai 1,000 orang.

Dengan jumlah penduduk yang begitu ramai, orang2 kampung merayu kepada pihak kerajaan negeri supaya mengadakan seorang sidang (ketua kampung).

************
Pendudok2 Merayu Di-adakan Sidang Kampong
Berita Harian, 16 April 1960, Page 5

Melaka, Juma'at. -
Pendudok2 di-kariah kampong Banda Hilir yang berhampiran dengan bandar, telah merayu kapada kerajaan negeri supaya mengadakan sa-orang sidang untok menjadi Ketua Kampong mereka bagi menggantikan Sidang Tua yang telah di-berhentikan oleh kerajaan baharu2 ini.

Keputusan menghantar rayuan ini telah di-buat oleh pendudok2 di-kampong itu kelmarin.

Inche Nasir bin Awal, Sidang bagi kariah kampong Banda Hilir itu telah diberhentikan baharu2 ini oleh Kerajaan kerana beliau telah berumor lebeh dari 60 tahun.

Menurut Peratoran baharu Kerajaan, sidang2 yang telah berhenti kerana sebab2 umor tua, tidak akan di-ganti.

Jadi ketua
-;-;-;-;-;-;-

Tuan Syed Omar Al-Habsi, sa-orang pendudok di-kariah itu yang juga menjadi salah sa-orang anggota Lembaga Masjid kampong Banda Hilir memberitahu Berita Harian bahawa kira2 sa-ribu orang pendudok di-sekitar kariah kampong-nya memerlukan pimpinan sa-orang sidang.

"Kami mahu kerajaan mengadakan sa-orang ganti Sidang di-tempat kami untok menjadi ketua kami sakalian.

Kami menuntut pemilehan yang di-adakan kelak hendak-lah di-adakan dengan jalan pilehan ra'ayat," kata Tuan Syed Omar.

******************

Qariyah Masjid Banda Hilir, Melaka
sekitar 1954-an hingga1963-an


3. Hj Rahim (bapa Hj Mazlan), 17 Abdul Rashid (Bapak saya), 24 Baharudin (Pak Din, adik Bapak saya).



Berdiri dari kiri: 1. Abu Bakar bin Ahmad (anak Che Bedah bt Hj Noordin), 2. __, 3. Abdul Ghani bin Abdul Rahman (kahwin 1954), 4. Pak Sharif (tukang ubat sekampung), 5. Haji Jaafar bin Hj Ashari?, 6. Abu Bakar bin Mohd Yusope (Pak Bakar adik Bapak), 7. __, 8. __, 9. __, 10. __, 11. __.


-----------------------------------
Kampong memileh sidang sendiri
Berita Harian, 5 May 1960, Page 2

Melaka, Rabu. -
Permohonan Pendudok2 di-kariah masjid Kampong Bandar Hilir yang baharu2 ini merayu kapada Kerajaan supaya mengadakan sa-orang sidang di-kampong mereka bagi menggantikan sidang tua di-kampong itu yang telah di-berhentikan kerana usia-nya lebeh dari 60 tahun, telah berhasil.

Baharu2 ini Penghulu Ismail bin Abdul Latiff mengumumkan bahawa pemilihan sa-orang Sidang baharu di-kariah itu akan di-adakan pada 13 May ini.

Tuan Syed Omar Al-Habshi, sa-orang ahli Jawatankuasa Lembaga Masjid Banda Hilir memberi tahu Berita Harian hari ini bahawa Kerajaan telah memberi peluang kapada pendudok2 di-situ menchalonkan diri masing2 untok jawatan itu.

Berita Harian di-fahamkan bahawa sa-takat ini hanya sa-orang sahaja yang telah mendaftarkan diri untok jawatan Sidang itu.

Beliau ia-lah Inche Daim bin Mat sa-orang pendudok di-kariah itu.

----------------------------------
Bangunan asal Masjid Banda Hilir hanya sebuah bangunan kecil di tepi jalan yang besar. Pada tahun 1940-an, ia sudah pun mempunyai tembok batu 5 kaki tinggi dan pintu pagar besi untuk mengawal laluan keluar-masuk kawasan masjid dan rumah imam (Haji Mohd Sharif bin Ismail, sekitar 1890-an hingga 1912-an).

Usaha untuk membesarkan masjid dilakukan peringkat demi peringkat.

***********
Masjid Jame' Banda Hilir
Berita Harian, 11 January 1963, Page 7

Melaka, Khamis.
Masjid Jame' Banda Hilir akan diperbesarkan lagi dengan perbelanjaan $_,000.

Jawatankuasa Lembaga masjid itu telah menerima pengakuan derma sa-banyak $1,000 dari ahli kariah dan $500 dari Pejabat Ugama Islam Melaka.

Baki wang yang di-perlukan sedang di-usahakan melalui lis2 derma.
************

---------------------------
Kontraktor #1

Projek: Kerja-Kerja Membaikpulih Masjid An-Nur Banda Hilir, Melaka
Kontraktor: AZH Puncak Bakti Enterprise
Pegawai penguasa: PERZIM
Tarikh mula: 22 Januari 2007
Tarikh siap: 1 April 2007

Maklumat kontraktor:
AZH Puncak Bakti Enterprise
Registration No: MA0060310-V
MOF No: 357-02038221
Country: Malaysia
Email: enquiry@sennego.com
Contact info:
Address: No. 1865-A Solok Pulau Nibong, Pengkalan Batu, 75350, Melaka
Person in-charge: Azahar bin Osman
Pengurus?
XXX-232-1498
-------------------------
Name: AZH PUNCAK BAKTI ENTERPRISE
Location: POKOK SENA, KEDAH
Address: NO. 13A, BANGUNAN KOMAS, JLN KLEDANG RAYA 22, TAMAN ALKAFF
30100 KINTA, PERAK
Phone: 005-547-2990
Email: ahmadmuradenterprise@gmail.com
CIDB Grade: Contractor G1
Certificates: Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB)



--------------------------
Kontraktor #2

Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas/Awam Luar Bandar Tahun 2007

Nama kontraktor: Syahrizan Jaya Enterprise
Lesen pendaftaran: MA 0062048-T
Nama projek: Membaikpulih Masjid Lama Bandar Hilir
(DUN Bandar Hilir)
Tarikh mula projek: 17 Mei 2007
Tarikh siap projek: 17 Jun 2007


------------------
Setiap masjid ada jawatankuasa yang menjaga dan mengurus aspek pentadbiran, kewangan, pengajaran fardhu ain dan mengaji al Quran, kebajikan dan aktiviti masjid. Masjid Banda Hilir juga ada jawatankuasa yang mengurus semua aspek masjid. Maklumat jawatankuasa dipampang di pintu masuk utama masjid.


Masjid Annur, Lot 96, Jalan Banda Hilir, 75000 Melaka
JK Kariah Masjid Annur Banda Hilir
1 Jan 2016 - 31 Disember 2017

Penaung:   Pegawai Daerah Melaka Tengah
                  Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka
Penasihat: Penyelaras Masjid dan Madrasah

Pengerusi: Hj Rebu bin Hadis
Naib Pengerusi: En Mohd Jamil bin Ab Wahab
Setiausaha: Hj Ab Rahim bin Ibrahim
Pen Setiausaha: En Alias bin Seman
Bendahari: En Hamka bin Hj Ismail
AJK:
Hj Nasran bin Nasir
Hj Abd Rahim bin Hj Alimat
Hj Moidu bin Hj Abu Bakar
Hj Roslan bin Endin
Hj Moktar bin Hj Ahmad
Hj Kamaldin bin Sultan
En Kamalrudin bin Jantan
Hj Mazlan bin Hj Abd Rahim bin Haji Noordin bin Ismail
Hjh Jamaliah bt Taib
Hjh Naharah bt Ab Rahman
Pemeriksa Kira2:
En Aziz bin Bachik (anak Haji Bachik of Bukit China?)
En Mohd Yassir bin Abd Wahab