Empayar Islam Benua Siam-Kedah-Ayuthia-Sumatra-Melaka

Seingat saya, semasa menziarah kubur datuk moyang pada tahun 1963-1964, batu nisan datuk moyang Haji Md Sharif bin Ismail di Kubur Masjid Semabok berupa petak besar dan tinggi, sebesar kepala saya semasa berusia 5 tahun. Saya masih ingat bertanya kepada Bapak kenapa batu nisan datuk moyang begitu besar (amat besar). Bapak tidak menjelaskan.

Batu nisan dulu besar, macam batu nisan Aceh. Batu nisan Aceh yang besar ini jarang digunakan oleh orang ramai. Mungkin keturunannya daripada orang-orang istana?

Tapi sekarang batu nisan itu sudah digantikan dengan batu nisan biasa.

Terdapat banyak kesultanan dan istana Melayu lama. Hampir kesemuanya berkait antara satu sama lain, dan hampir semuanya bertemu menjadi satu hari ini.

Bapak pernah tegur bila melewati istana2 lama dan balai2 lama di Kedah dan Negeri Sembilan. Bila ditanya lagi lanjut, Bapak akan diam. Dia tak ingin menjelaskan cerita di sebalik istana atau balai yang dilihat atau peristiwa berkaitan. Macam dia menyimpan banyak rahsia.

Bapak serta Walid (bapanya) telah melawat ke hampir semua tempat di rantau ini dan masjid yang ada saudara-mara mereka menetap. Mereka sebenarnya menjejaki salahsilah mereka secara diam2. Gambar2 yang mereka tinggalkan sedikit sebanyak memberi makna tentang apa yang mereka tidak katakan. Memamg sukar bagi mereka tetapi itulah caranya orang2 Melayu dulu2 menyimpan rahsia tentang keturunan mereka.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.my/2007/09/pengsejarahan-semula-dan-wilayah-yang.html

2 comments:

  1. Baru baca nota ini,tentang penyedian salasilah amat elok,saya telah menyediakan salasilah keluarga asal dalam tahun1961,Aabila dikeyin dalam hhtp;//Geni .com dalam tahun 2010.nama keluarga dalam salasilah saya telah bertambah hingga 5800orang atau 290 muka,ini berlaku apabila berkait nya nama nama yang di keyed in olih mereka yang juga menyediakan salasilah keluarga,jika ada kaitan dengan keluarga kami.sekian

    ReplyDelete
  2. Sekarang saya mempunyai nama nama nenekmoyang kami diMinangkabau,serta nama nama yang ada kaitan dengan dari Terengganu,Kelantan.Petani,Siak,Berunai.

    ReplyDelete