Showing posts with label Pagaruyung Kingdom 1500-1825. Show all posts
Showing posts with label Pagaruyung Kingdom 1500-1825. Show all posts

Wednesday, 28 December 2016

Sultan Shahbuddin ibni Zainal Abidin dan Tuan Teh

Dua Putera Raja keturunan Bugis mengajar ugama di-negeri Pahang
Berita Harian, 19 July 1967, Page 4

Dua Putera Raja keturunan Bugis mengajar ugama di negeri Pahang.
Mengenang Sejarah
oleh Nordin M. Amin

Di Kampong Berhala Gantang -- terletak di tebing Sungai Pahang -- di Temerloh terdapat dua buah
makam raja2 yang telah berumor lebeh 200 tahun.

Kedua2 raja yang dimakamkan di situ diperchayai berasal dari keturunan Raja2 Bugis dan kerabat2nya yang lain pernah menjadi Sultan di Pagar Ruyong, Minangkabau pada zaman dahulu.

Mereka datang ka Pahang sabagai ahli perniagaan dan di samping itu mengembangkan ajaran Islam di kalangan pendudok.

Baharu2 ini saya telah pergi ka kampong tersebut menemui Tuan Haji Hassanuddin bin Muhammad, sa-orang pendudok yang terkenal dan banyak mengetahui kesah2 yang berhubong dengan dua makam itu.

Mengikut keterangannya, kira2 pada tahum 114 Hijrah atau kira2 1773 Masehi, sa-orang keluarga di-Raja dari Bugis bernama Sultan Shahbuddin ibni Zainal Abdin telah datang berniaga ka Tanah Melayu.

(Perlu diingatkan bahawa  pengaroh Bugis ka Tanah Melayu pada itu waktu sedang berkembang luas. Ia itu dengan kedatangan Upu Lima Bersaudara iaitu Daeng Merewah, Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kemasal, yang bermula pada tahun 1723-1784.)

Berniaga

Dalam pelayaran itu akhirnya Sultan Shabudin tiba ke daerah bandar Di-Raja Pekan sekarang ini.

Mengikut keterangan Tuan Haji Hassanuddin, Sultan itu datang ka Tanah Melayu dengan dua orang rakannya iaitu Tok Puteh dan Tun Rading.

Tok Puteh mengambil haluan lain dan terus ke Kelantan dan Tun Rading pula pergi ke Perak.

Dari Kuala Sungai Pahang (Pahang Tua) Sultan Shabuddin mudek melaui Sungai Pahang hingga sampai ka Kuala Lipis untok menjual barang2 dagangannya.

Di samping berniaga, beliau berchita2 untok menchari satu tempat tinggal yang sesuai, kalau perlu beliau akan menetap di situ buat selama2nya.

Dari Kuala Lipis beliau mematah balek dan hilir melaui sungai. Hingga pada suatu hari beliau telah singgah di Kampong Berhala Gantang dan mendapati tempat tersebut sesuai dijadikan tempat tinggal.

(Diingatkan juga Negeri Pahang pada masa itu diperentah oleh Raja Sulaiman yang bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang dilantek pada tahun 1722.)

Sultan Shabuddin memang terkenal sa orang saudagar besar dan Ulama Islam yang terkemuka di Bugis pada waktu itu.

Yang demikian beliau mengambil kesempatan ini mengembangkan Ugama dan ajaran Islam di kampong tersebut. Beliau juga mendirikan beberapa buah madrasah dan mesjid khusus dijadikan tempat orang mengaji Kur'an dan Ugama Islam.

Di samping Sultan Shabuddin, sa orang anak sulongnya bernama Tuan Teh telah membantunya mengembangkan ajaran2 Islam kapada pendudok2.

Oleh kerana Sultan Shabudin sudah termashor sabagai saorang ulama, dalam jangka waktu yang sengkat sahaja ramailah pemelok2 Islam di daerah Temerloh, amnya di Negeri Pahang telah datang ka Kampong Berhala Gantang untok mendalami tentang ajaran2 Islam dari beliau.

Mengikut keterangan Tuan Haji Hassanuddin lagi, diperchayai Sultan Shabuddin dan anaknya Tuan Teh adalah orang yang pertama mengembangkan Ugama Islam ka Negeri Pahang ini sachara lebeh luas.

Apabila Sultan Shabuddin mangkat pada tahun Hijrah 1147, anaknya Tuan Teh mengambil peranan
menyambong segala usaha ayahnadanya itu.

Antara anak murid Sultan Shahbuddin yang bijak ialah Ismail bin Kelembek. Beliau lah menjadi orang kanan kapada Tuan Teh.

Rumput

Dari tahun ka tahun bertambah ramai alim ulama dari seluroh Negeri Pahang yang datang ka kampong tersebut untok mendalami ajaran Islam. Dari pengajaran2 yang mereka dapati, diajarkan pula kapada pendudok2 di kampong mereka.

Dan kira2 dalam tahun Hijrah 1184 Tuan Teh telah mangkat. Dan makam beliau telah dibena berdampingan dengan makam ayanhandanya Al Marhom Sultan Shabuddin terletak di satu kawasan di Kampong Berhala Gantang, Temerloh yang boleh disaksikan hingga ka hari ini.

Tetapi agak disayangkan kerana keadaan kedua2 makam tersebut tidak bagitu terpelihara. Rumput rampai dan anak2 kayu menjalar di sana sini. Mengapa demikian saya pun tidak tahu.

(Kampong Berhala Gantang terletak di pinggir Sungai Pahang dan kira2 empat batu mudek dari Temerloh ka kampong tersebut. Perjalanan yang sesuai ka kampong ialah dengan menaikki motor memakan masa satu jam perjalanan.)

Sumber:
Tuan Haji Shahbuddin dan anaknya Tuan Teh:
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19670719-1.2.49?ST=1&AT=search&k=Tuan%20Haji%20Shahbuddin&QT=tuan,haji,shahbuddin&oref=article

Note:
Zainal Abidin di sini ialah Zainal Abidin @ Abdullah bin Hj Muhammad Saleh @ Nakhoda Nan Intan. Hj Muhammad Saleh berkahwin dengan 5 orang isteri - Suraidi di Payakumboh, Aminah di Deli, Jamilah di Singapura, Sa'odah di Melaka, dan Asiah di Pulau Pinang.

Anak Zainal Abidin @ Abdullah ialah Sheikh Shihabudin atau Tuan Sheikh Sahabudin. Anak Tuan Sheikh Sahabudin ialah Inchek Nyonia bt Tuan Hj Sheikh Sahabudin.

Inchek Nyonia berkahwin dengan Ismail Alyamani dan mempunyai 3 orang anak lelaki - Hj Mohd Sharif, Hj Mohd Nordin dan Zainal (Zenal).

Hj Mohd Sharif berkahwin dengan Pahmah @ Fatimah bt Sheikh Mohamad bin Salem Alyamani. Anak mereka 5 orang - Mohd Yusope (Walid), Mahani (Nenek Ani), Amnah (Singapura), Asiah (Nenek Yah) dan Alijah (Nenek Jah). Semua mereka tinggal di Kampong Banda Hilir.

Hj Mohd Sharif berkerje sebagai pembuat gula Melaka dan tawkay emas, Zainal berkhidmat sebagai penasihat peribadi Sultan Abdul Samad di Klang. Hj Nordin menetap di Banda Hilir. Hj Mohd Sharif and Hj Nordin menjadi imam 1 & 2 Masjid Banda Hilir.

Mohd Yusope berkahwin dengan Aishah bt Mohd Amin (dari Kg Baru, KL). Mereka mempunyai 15 orang anak. Bapak ialah anak ke-8.

I am anak Bapak.

Thursday, 11 April 2013

Pagaruyung Kingdom 1500-1825


Rumah Gadang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia
Photo by Noraini Ismail (classmate, MGHS 1972/73)

There were many kingdoms in our history. One of them was the Pagaruyung Kingdom. Pagaruyung is also spelled as Pagarruyung, Pagar Ruyung, and was also known as Malayapura and Malayupura. At least one of the early Malay doctors' ancestors were traced to the Pagaruyung Kingdom - Dr Megat Khas bin Megat Omar. Dr Raja Ahmad Noordin bin Raja Shahbudin's ancestors were traced to the Siak Sultanate, a subgroup of the Pagaruyung Sultanate that was formed following the Padri war that occurred in West Sumatera at the height of the Dutch invasion there.

What is the Pagaruyung Kingdom?
http://en.wikipedia.org/wiki/Pagaruyung_Kingdom

Spread of Islam in South-east Asia was between 1200 and 1600.
Samudera Pasai Sultanate existed between 1267 and 1521.
Majapahit Kingdom existed between 1293 and 1500.
Malacca Sultanate existed between 1400 and 1511.
Cirebon Sultanate existed between 1445 and 1677.
Demak Sultanate existed between 1475 and 1548.
Aceh Sultanate existed between 1496 and 1903.
Pagaruyung Kingdom existed between 1500 and 1825.

The Pagaruyung Palace was where the Minangkabau kings once lived. The wooden palace was razed to the ground 3 times. The palace was re-built after each fire. At the time of the Dutch conquest of West Sumatra (after the third fire), there was hardly any remains of Pagaruyung Palace - just the palace grounds remained.

Why was the Pagaruyung Palace burned? Why did they burn down Pagaruyung Palace? Was it arson? Was is because of some family feud? Was it because of differences in ideologies of the rulers? What happened in Pagaruyung Palace history?

Minangkabau tradition upholds female domination and rights to family heirlooms and possessions, including land rights. The Minangkabau tradition is deemed as 'unIslamic' when it comes to inheritance. When the 'padri' of Islam (actually daie or preachers of Islam) came to Pagaruyung Palace from Aceh to spread Islam, not all the Pagaruyung royal household accepted Islam. After much rift on the differences in the lifestyles and traditions (Minangkabau vs. Islam), Pagaruyung Palace household was split. The ones who remained (victors) continued their Minangkabau tradition. The ones who sided Islam (losers) denounced their royal titles and left the palace; they moved south to the fishing ports and sailed to Malaya. They wandered to Perak and Pahang and had families in various parts of Malaya.

Stamford Raffles came into the picture when the Dutch ordered him to see the troubles at Pagaruyung. There was nothing on site since the palace was already gone and the royal household was split.

What is there today at Pagaruyung?

A triple-storey Pagaruyung Palace was constructed on the old site. However, lightning struck and it was razed to the ground. Another replica palace stands on the old palace site for tourists to view. The place is now Pagaruyung village in Tanjung Emas subdistrict, perched in the highlands of Tanah Datar regency, and the nearest town is Batusangkar in Indonesia.

The Pagaruyung Palace royal household in West Sumatra has ceased to exist. However, lineages of the fragmented royal families of the Pagaruyung Palace and the latter Siak Sultanate can be traced in Malaysia - in Perak, Pahang and Malacca. These link to the famous Nakhoda who first opened Penang island (before Captain Francis Light) and founded Masjid Batu Uban in Kampung Melayu Batu Uban in 1734, and his brother-in-law, Datuk Jenaton who defended Kedah against Siamese attack in the late 1800s, and was given a large track of land, on which stands the Universiti Sains Malaysia (USM) main campus in Penang, and the adjacent Minden Heights housing scheme.

External links:
https://www.youtube.com/watch?v=sO9WkdC8B7U
https://www.youtube.com/watch?v=Hr_2DNikPp4
https://www.youtube.com/watch?v=tNMM7zZfD60