Friday 29 March 2013

Masjid Banda Hilir 1820 (2)

Masjid Bandar Hilir diasaskan oleh Dato Shabuddin bin Hj Mohd Amin pada 1820 Masihi. Beliau berasal dari Cirebon, Tanah Jawa, Indonesia.

Dato Shahbuddin meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Shahbudin, Jalan Panjang, Qariah Banda Hilir, Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka.

Anaknya Inchek Nyonia bt Sheikh Mohd Sahabudin berkahwin dengan Ismail. 

Ismail berasal dari Yaman (Yemen). Beliau seorang yang handal sebagai pelayar, saudagar, pedagang, dan peniaga batu permata di kawasan berhampiran Masjid Kapitan Kling di George Town, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai Ismail Alyamani atau Ismail Yamani. Mungkin juga beliau ,berkhidmat sebagai engineer bagi kapal dagang British yang berlayar dari Yaman ke Tanah Melayu dan berlabuh di Pulau Pinang dan Melaka.

Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Hj Mohd Sharif bin Ismail, Hj Noordin bin Ismail dan Zainal (Zenal) bin Ismail.

Pada mulanya, Hj Mohd Sharif membuat dan menjual gula Melaka / gula kabung (jaggery) yang dimasak di perkarangan rumahnya bersebelahan Masjid Banda Hilir. Setelah kembali dari mengerjakan Haji pada 1896, beliau menjalankan perniagaan saduran emas yang diperlajarinya semasa di Makkah. Beliau berniaga emas selama 10 tahun dan mempunyai 4 buah bangunan rumah/rumah kedai in Taman Melaka Raya iaitu di No 76 Banda Hilir, No 77 Banda Hilir, No 111 Banda Bilir dan No 113 Banda Hilir. Kini nama jalan telah ditukarkan kepada Jalan Parameswara. . Beliau juga menjadi Imam Masjid Banda Hilir pada zamannya. 

Antara mereka yang hidup sezamannya ialah Mohamad Saleh bin Khatib Usuf. Namanya nyatakan dalam Wasiat Hj Mohd Sharif bertarikh 1906. Anak2nya ialah Omar dan Hj Ashari.

Dua orang saksi (witnesses) bagi Wasiat Hj Mohd Sharif pada 1906 ialah Zainal bin Omar (Sidang) dan Omar bin Saleh (Bilal).

Selepas kematian Hj Mohd Sharif, adiknya Hj Noordin menggantinya sebagai Imam Masjid Banda Hilir. Hj Noordin dan adiknya Zainal (Zenal) membantu menjaga dan membesarkan 5 anak2 arwah Hj Mohd Sharif selepas ketiadaannya.

Seterusnya Hj Noordin diganti oleh Hj Ashari bin Mohd Salleh.

Seterusnya, Hj Ahmad bin Awal mengganti Hj Ashari.

Seterusnya Hj Jaafar b Hj Ashari menjadi Imam ke-5 Masjid Banda Hilir selepas Hj Ahmad bin Awal.

Selepas itu Masjid Banda Hilir diambilalih dan menjadi masjid di bawah kelolaaan Kerajaan Malaysia dengan imamnya tidak lagi datang dari keturunan Dato' Shahbuddin tetapi dilantik.

Maka tiada lagi imam dari keturunan Dato' Shahbuddin menjawat pekerjaan sebagai imam di masjid ini.

Hj Mazlan bin Hj Abdul Rahim ialah cucu Hj Noordin bin Ismail.

Hj Salleh bin Mohd Yusope ialah cucu Hj Mohd Sharif bin Ismail.

Hj Mazlan dan Hj Salleh adalah dua pupu.

Masjid Banda Hilir yang asal (1820) berupa madrassah kecil tempat belajar al Quran, dengan anak2 Hj Mohd Sharif mengajar al Quran pada penduduk sekitar Kg Banda HIlir dan kampung2 berhampiran. 

Dinding masjid dibom dan musnah semasa Perang Dunia Kedua dan dibina semula selepas perang.

Status madrassah ini kekal hingga 1960-an sebelum ia menjadi masjid. Masjid ini dibesarkan dengan membina kaki lima di bahagian masjid paling hampir dengan rumah Hj Mohd Sharif.

Kawasan Masjid Banda Hilir seluas 1 ekar telah diwakafkan dan rumah2 yang wujud dalam perkarangan tanah wakaf menjadi rumah abu. Ini bermaksud rumah2 yang sedia ada bukan milik persendirian dan tidak boleh diniagakan (dijual).

Antara rumah yang wujud setelah Hj Mohd Sharif meninggal dunia ialah rumahnya sendiri (262-T Banda HIlir), rumah Inchek Sarah (cucu Hj Mohd Sharif), rumah Asiah (anak Hj Mohs Sharif) dan bangunan batu yang dibina oleh pihak Masjid bagi Hj Abdul Rashid (cucu Hj Mohd Sharif). Ketiga2 mereka ini telah pun meninggal dunia. 

Inchek Sarah bt Mohd Yusope (Mak Sarah) dikebumikan di Nilai. 

Asiah bt Hj Mohd Sharif (Nek Ya / Ya Tampin) meninggal pada 28 April 1984 dan dikebumikan di Kubor Jalan Panjang, Melaka.

Hj Abdul Rashid bin Mohd Yusope meninggal pada 8 Mac 2009 dan dikebumikan di Masjid Jamek Gelugor, Gelugor di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment