Tuesday, 7 June 2016
Majid Satay (1)
From Fauziah Samad
http://www.dapurkakjee.com/2011/03/152-satay-dan-kuah-satay.html
Majid Sate, Kg Baru
Majid Sate berasal dari Alor Gajah, Melaka. Mula meniaga sate lewat 40-an dengan membawa kandar dari Melaka hingga ke Port Dickson. Lepas itu beliau berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situlah dia melebarkan sayapnya.
Majis Sate cukup famous di Kuala Lumpur. Tanya sahaja mereka yang pernah menikmati sate yang dihasilkan oleh Majid Sate di Campbell Road dulu (sekarang Wilayah complex). Baik yang Cina, Melayu, India dan lain2. Semua akan kata, sate Majid tiada tandingannya dengan sate yang dihasilkan peniaga lain.
Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa arwah Majid juga antara usahawan Melayu pertama di Malaysia (Malaya ketika itu), yang menghantar anaknya belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri.
Kjee ingat lagi arwah Bonda bercerita, datuk begitu kecewa apabila memohon biasiswa persekutuan untuk menghantar anak sulongnya Mohd Salleh belajar di London. Permohonannya telah ditolak kerana kononnya mana mungkin anak seorang penjual sate boleh berjaya belajar di luar negara!
Dek kerana kecewa dengan penghinaan yang dilemparkan, datuk pun mengeluarkan belanja sendiri untuk menghantar anaknya belajar Mine Engineering di United Kingdom. Pak Long kembali beberapa tahun kemduian dengan segulung ijazah dalam bidang Engineering!
Jawatan terakhir arwah Pak Long Kjee, Datuk Mohd Salleh Majid ialah sebagai Chief Inspector of Mines Malaysia! Kini beliau sudahpun arwah.
Atuk pernah beritahu Kjee, untuk berjaya sebagai usahawan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, seseorang itu kena berkawan baik dengan semua orang tak kira bangsa mahupun keturunan. Arwah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa tempatan. Seingat Kjee dia turut boleh bertutur beberapa dialek Cina
Dan kalau dia pergi ke pasar Chow Kit, tak heranlah kalau sekejap dia berbahasa Hokkien, sekejap Kantonis, sekejap cakap India dengan penjual kacang putih dan sekejap lagi vakap bahasa Benggali dengan penjual roti berbangsa Sikh.
Walaupun cita2nya untuk membuka restoran di London tidak kesampaian, namun dia hanya hidup untuk melihat Restoran Majid Satay House di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur lewat 60-an dulu.
Setelah pemergiannya, anak2nya Harris dan Rahman (kini keduanya2 arwah) dan anak bongsunya Norhayati, telah membuka rangkaian restoran Sate Anika, bermula di Bukit Bintang Plaza. Kini, rangkaian Restoran Sate Anika sudah tidak wujud lagi.
Kalau ada nak cuba resipi original Majid Satay, sila klik sini.
Al fatihah buat HAJI ABDUL MAJID HUSSEIN.
-----------------------------------------------
Majid sateh meninggal
Berita Harian, 12 May 1974, Page 10
Saudagar sateh terkenal, Haji Abdul Majid bin Hussain, 69 tahun, meninggal dunia di Hospital Assunta Petaling Jaya pagi ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan anak serta ramai cucu.
Antara anaknya ialah Ketua Merinyu Galian Malaysia, Datuk Salleh (yang sulung) dan Encik Abdul Aziz Majid, seorang pegawai tinggi Lembaga Getah Asli Malaysia dan juga terkenal sebagai "Zain Azman".
Berasal dari Alor Gajah, Melaka, Allahyarham mula berniaga sateh sejak berumur 18 tahun.
Perniagaannya begitu berkembang hingga Allahyarham lebih terkenal dengan sebutan "Pak Majid Sateh" dan mempunyai banyak gerai di Jalan Brickfield, Jalan Campbell serta kedai sateh terbesar - Satay House - di Jalan Ipoh.
----------------
Satay Anika official opening tomorrow
The Business Times, 18 January 1984, Page 2
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/biztimes19840118
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment