Fasa 1
Penduduk Islam Semabok telah pun wujud sejak abad ke-18 lagi. Adanya penduduk Islam maka sudah barang tentu perlunya pembinaan sebuah masjid. Terutamanya sekali bagi menunaikan Rukun Islam. Dari tahun ke tahun penduduk Islam Kampung Semabok telah bertambah.
Maka dengan ini sudah tentunya wujudnya idea pembinaan sebuah masjid yang lebih besar dan lebih selesa tambahan pula dengan adanya seorang ulama terkenal pada masa itu juga merupakan seorang Mufti bagi negeri Melaka yang pertama semasa zaman British iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Rauf.
Selain itu melalui sistem politik yang kukuh dan stabil terutamanya dengan pentadbiran seorang Penghulu yang Pertama yang dilantik semasa penjajahan British iaitu Tuan Haji Bid bin Haji Abu Bakar dan pegawai-pegawai Syarak Kampung Semabok, telah banyak membawa perubahan terhadap Kampung Semabok, terutamanya menjadikan masjid Semabok menjadi berkembang imarah.
Kubur-kubur yang terdapat di tapak ini dan penemuan ini sudah tentulah telah ada sejak zaman ke-17 dan ke-18 walau bagaimana pun kita sukar untuk mehidupkan mengapa terdapat dua perkuburan, tapi dari segi logik akal sudah tentunya ada dua tapak perkuburan. Ini merupakan kenyataan yang sukar kerana mana-mana tempat perkuburan di negeri Melaka terletak di keliling masjid, seperti di Masjid Kampung Hulu, Masjid Kampung Duyong, Masjid Tengkera dan banyak lagi.
Malangnya masjid asal tidak dapat dikesan kerana tiada sumber. Malang juga kita tidak tahu siapa imam, siapa khatib dan bilalnya dan bagaimana leadaannya pada zaman sebelum 1905. Walau bagaimanapun menurut cerita lisan orang lama mereka mengatakan bahawa tapak masjid Semabok yang ada pada masa itu adalah juga tapak masjid dahulu dan tidak berubah kedudukannya sehingga ke hari ini.
Rujukan: Poster di Masjid Semabok. 4 June 2016
No comments:
Post a Comment